KHIDMAT KAMI

KHIDMAT KAMI

Isnin, 9 Februari 2015

BERHENTI JUMPA BOMOH



PUTRAJAYA - Masyarakat di negara ini perlu meninggalkan kepercayaan karut seperti beubat menggunakan bomoh kerana boleh menyebabkan jatuh syirik. Penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam, Datuk Ismail Kamus berkatamasih ramai masyarakat terutama orang Melayu yang masih mempercayai bomoh.

"Orang kita (Melayu) sendiri masih ramai yang menemui bomoh untuk mendapatkan rawatan. Mereka kata nak berikhtiar, tapi cara yang dipilih itu salah dan boleh jatuh syirik. Kalau hidup dalam syirik, memang sudah tiada guna. Jika mahu berubat perlu mengikut ajaran dan syariat Islam," katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Persatuan Perubatan Islam Darussalam, semalam.

Menurutnya, terdapat segelintir bomoh yang melakukan perbuatan menyihir kembali pesakit jika tidak kembali berubat dengan mereka.

"Ini antara bahaya jika berubat dengan bomoh. Mereka akan menyihir kembali pesakit selain amalan ataupun ilmu yang digunakan jelas bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

Beliau berkata, untuk membendung masyarakat daripada bertemu bomoh, lebih ramai orang Islam perlu mempelajari cara perawatan mengikut ajaran Islam dengan betul.

"Salah satu sebab mengapa orang Melayu pergi kepada bomoh, ialah kerana tidak banyak alternatif perubatan Islam yang ditawarkan.

"Kerana itu lebih banyak kursus daripada persatuan perubatan Islam seperti yang dilakukan Persatuan Perubatan Islam Darussalam supaya lebih ramai yang mampu berubat dan elakkan masyarakat jumpa bomoh," katanya.

Kata Ismail lagi,perubatan Islam kini semakin diterima baik hingga terdapat masyarakat dari agama lain seperti Hindu dan Buddha sudah mula percaya pada rawatan Islam. 

"Harus diakui masyarakat kini menghadapi pelbagai gangguan seperti sihir, rasukan, saka dan sebagainya. Rawatan cara Islam adalah yang terbaik, namun masih ada yang mempercayai bomoh.

"Malah ada yang datang dari luar negara seperti Australia, Lubnan dan New Zealand semata-mata mahu mendapatkan rawatan di Darussalam. Sekurang-kurangnya kita dapat mendekatkan mereka dengan Islam," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai seramai 62 graduan telah berjaya menerima Ijazah Perubatan Islam Darussalam dalam konvokesyen yang di adakan Masjid Putra, Putrajaya.

- MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY, SINAR HARIAN, AHAD, 8 FEBRUARI, 2015 (MS10)