KHIDMAT KAMI

KHIDMAT KAMI

Isnin, 27 April 2015

SEMINAR REVOLUSI PERUBATAN ISLAM

Pada 25 April 2015 yang lalu, GAPPIMA sekali lagi telah menganjurkan satu seminar dengan kerjasama Masjid Tabung Haji Kelana Jaya. Seminar kali ini telah diberi nama "Revolisi Perubatan Islam". Seminar tersebut telah pun berlangsung di Dewan Sri Jugra, TH Hotel, Kelana Jaya.

Zadd AsSyifa turut menghantar wakil menghadiri seminar ini bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan di bidang pengubatan. Selain daripada itu, sebagai anggota gabungan GAPPIMA, perawat-perawat Zadd AsSyifa turut berganding tenaga dengan ahli-ahli GAPPIMA yang lain memberikan rawatan percuma secara terbuka kepada peserta-peserta seminar.


 Pembentangan Kertas Kerja 1 :
"AMALAN SIHIR DAN KESANNYA DALAM MASYARAKAT"
Dr. Abdullah Yusuf

Pembentangan Kertas Kerja 2 :
"PERUBATAN ISLAM ASAS KEPADA PERUBATAN MODEN"
Dr. Amir Shahmi Md Ali

Penceramah Jemputan :
Dato' Dr. Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku)

Forum : SEMBANG SANTAI PERUBATAN ISLAM
Ustaz Mohd Hadi Bin Ahmad Talhah
Dr. Rushdi Ramli
Ustaz Zul Amirul

Bergambar kenangan...

Ahad, 26 April 2015

SEMINAR PERUBATAN ISLAM

Pada 18hb April yang lalu, bersamaan 28 Jamadilakhir 1436, hari Sabtu, perawat-perawat Zadd AsySyifa telah menghadiri "Seminar Perubatan Islam",bertempat di Dewan Hambali, Masjid As-Syarif, Meru, Klang.

Seminar ini telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dengan kerjasama Gabungan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA).


Antara objektif seminar ini diadakan ialah :
  • Memperkukuh ilmu tentang rawatan Islam sebenar di kalangan perawat dan juga orang awam.
  • Memperkasa kemahiran dan kaedah rawatan dalam Islam serta menambah pengetahuan.
  • Memperincikan sikap dan etika sebagai perawat dalam perubatan Islam.

Ucap utama :
Prof. Madya Dato' Mohd Mokhtar bin Shafii
Pengerusi Jawatankuasa Pengawalan Aqidah , MAIS
"Isu-isu Aqidah Dalam Pengubatan Islam"

Pembentangan Kertas Kerja 1 :
"Pengenalan Kepada Perubatan Islam"
Ustaz Imran bin Kamal Basah
Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Pembentangan Kertas Kerja 2 :
"Amalan-amalan Yang Bercanggah Dengan Konsep Perubatan Islam"
Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim

Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Majlis Perasmian :
Dato' Haris bin Kasim
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangorum :

Forum :
"Alam Mistik : Antara Kebenaran Dan Kepercayaan"

Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani
(Timbalan Presiden GAPPIMA)
Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin
(Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, JAIS)

Ustaz Md Adib Mahyus bin Asmungi
(Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan & Pembangunan JAIS)


Bersama USTAZ AHMAD DUSUKI BIN ABDUL RANI,
Timbalan Presiden GAPPIMA

Khamis, 19 Mac 2015

KAJIAN SAINTIFIK BUKTIKAN BERBEKAM BERKESAN !



KOTA BHARU - Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (USMKK) membuktikan kaedah kesihatan melalui berbekam selamat, berkesan, bersih dan mencegah pelbagai penyakit jika dilakukan juru bekam diiktiraf.

Penyelaras Program Juru Bekam Klinikal, Prof Dr Ab Aziz Al-Safi berkata, berdasarkan kajian saintifik yang dilakukannya selama dua tahun, berbekam bukan sahaja amalan sunah tetapi dapat mencegah penyakit kronik.

“Kajian ini memberi hasil yang menunjukkan indikator terhadap pelbagai penyakit dengan mengurangkan kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi dan kencing manis.

“Paling penting, saluran sarah menjadi lebih anjal yang boleh mengelak serangan penyakit jantung, sekali gus menghindar daripada strok, juga baik untuk buah pinggang dan gout,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Penyampaian Diploma.

Majlis itu anjuran Kluster Perubatan Tradisional dan Integratif Pusat Pengajian Sains Perubatan USM dengan kerjasama Akademi Usahawan Islam.

Turut hadir, bekas Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Prof Mustafa Musa; Ketua Kluster Perubatan Tradisional dan Integratif USMKK, Prof Dr Siti Amrah Sulaiman dan Pengasas Akademi Usahawan Islam, Datuk Dr Mohd Zamri Mohd Salleh.

Lebih menarik, Abd Aziz berkata, kaedah itu juga dapat mengurangkan penggunaan ubat-ubatan di hospital dan menjimatkan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun.

Sementara itu, beliau berkata, pemegang diploma bidang berbekam juga turut diberi latihan keusahawanan Islam dalam usaha menjana pendapatan terutama dalam persekitaran membantu orang kampung.

“Kita mendapati kekurangan juru bekam di hospital, jadi latihan kursus diberikan kepada mereka selama dua tahun dan latihan intensif. Pemantauan dilakukan dengan catatan buku log.

 “Juru bekam yang mengikuti kursus ini diminta membuat kaedah bekam di tempat diiktiraf, malah menetapkan syarat mereka perlu buat bekam sekurang-kurangnya 120 kali dicatat dalam buku log, barulah mereka layak menerima pengiktirafan,” katanya.

Katanya, setakat ini sudah dua kali majlis pengiktirafan diadakan, melibatkan 41 juru bekam di seluruh Malaysia dan sebahagian daripada mereka adalah 15 juru bekam diiktiraf yang terdapat di Kelantan.

Beliau berharap lebih ramai juru bekam lahir di negara ini yang mengikuti kursus formal dan memberikan rawatan berbekam melalui kaedah terbukti berkesan serta mempunyai buku saintifik.


WARTAWAN SINAR HARIAN
12 DISEMBER, 2014

SUMBER :
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kajian-saintifik-buktikan-berbekam-berkesan-1.341096

______________________________________________________________________________________________

Kepada anda yang berminat untuk berbekam, sila hubungi : 013-6701491  (KHAIRIL) 





Isnin, 9 Februari 2015

BERHENTI JUMPA BOMOH



PUTRAJAYA - Masyarakat di negara ini perlu meninggalkan kepercayaan karut seperti beubat menggunakan bomoh kerana boleh menyebabkan jatuh syirik. Penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam, Datuk Ismail Kamus berkatamasih ramai masyarakat terutama orang Melayu yang masih mempercayai bomoh.

"Orang kita (Melayu) sendiri masih ramai yang menemui bomoh untuk mendapatkan rawatan. Mereka kata nak berikhtiar, tapi cara yang dipilih itu salah dan boleh jatuh syirik. Kalau hidup dalam syirik, memang sudah tiada guna. Jika mahu berubat perlu mengikut ajaran dan syariat Islam," katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Persatuan Perubatan Islam Darussalam, semalam.

Menurutnya, terdapat segelintir bomoh yang melakukan perbuatan menyihir kembali pesakit jika tidak kembali berubat dengan mereka.

"Ini antara bahaya jika berubat dengan bomoh. Mereka akan menyihir kembali pesakit selain amalan ataupun ilmu yang digunakan jelas bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

Beliau berkata, untuk membendung masyarakat daripada bertemu bomoh, lebih ramai orang Islam perlu mempelajari cara perawatan mengikut ajaran Islam dengan betul.

"Salah satu sebab mengapa orang Melayu pergi kepada bomoh, ialah kerana tidak banyak alternatif perubatan Islam yang ditawarkan.

"Kerana itu lebih banyak kursus daripada persatuan perubatan Islam seperti yang dilakukan Persatuan Perubatan Islam Darussalam supaya lebih ramai yang mampu berubat dan elakkan masyarakat jumpa bomoh," katanya.

Kata Ismail lagi,perubatan Islam kini semakin diterima baik hingga terdapat masyarakat dari agama lain seperti Hindu dan Buddha sudah mula percaya pada rawatan Islam. 

"Harus diakui masyarakat kini menghadapi pelbagai gangguan seperti sihir, rasukan, saka dan sebagainya. Rawatan cara Islam adalah yang terbaik, namun masih ada yang mempercayai bomoh.

"Malah ada yang datang dari luar negara seperti Australia, Lubnan dan New Zealand semata-mata mahu mendapatkan rawatan di Darussalam. Sekurang-kurangnya kita dapat mendekatkan mereka dengan Islam," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai seramai 62 graduan telah berjaya menerima Ijazah Perubatan Islam Darussalam dalam konvokesyen yang di adakan Masjid Putra, Putrajaya.

- MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY, SINAR HARIAN, AHAD, 8 FEBRUARI, 2015 (MS10)




Isnin, 12 Januari 2015

KUMPULAN SAHABAT ZADD ASYYSIFA DI FACEBOOK...

Pasukan Terapi Pengubatan ZADD AS-SYIFA telah pun mewujudkan satu kumpulan (grup) perbincangan di Facebook. Kumpulan ini kami namakan SAHABAT ZADD AS-SYIFA. Grup ini diwujudkan bertujuan sebagai sokongan kepada blog ini. Di grup ini nanti kami akan berkongsi maklumat dengan anda mengenai berita dan aktiviti semasa ZADD AS-SYIFA, perkongsian ilmu, perbincangan dan sebagainya...

Kepada anda yang berminat untuk menyertai grup SAHABAT ZADD AS-SYIFA, sila pada pautan berikut atau pada banner di bawah :



SAHABAT ZADD AS-SYIFA

Sabtu, 8 November 2014

GARAM BUKIT untuk PELBAGAI KEGUNAAN

GARAM BUKIT untuk PELBAGAI KEGUNAAN

| SAIZ : 300GM | HARGA : RM10.00 | POS LAJU : RM5.00 |




Seperti juga GARAM BUKIT plus RUQYAH SYAR'IAH, GARAM BUKIT untuk PELBAGAI KEGUNAAN juga telah diruqyahkan dengan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa terpilih. Bezanya, GARAM BUKIT untuk PELBAGAI KEGUNAAN didatangkan dalam bentuk garam halus, maka ianya mempunyai pelbagai kelebihan mengikut kesesuaian penggunaan :

MASAKAN
Oleh kerana garam ini bersifat halus dan mudah larut, maka GARAM BUKIT untuk PELBAGAI KEGUNAAN ini boleh digunakan didalam makanan untuk makanan yang sudah dimasak, untuk menambahkan rasa masinnya.

MAKANAN
Amalan Rasulullah s.a.w, mencubit dan mencicip sedikit garam sebelum dan selepas makan.

MINUMAN
Campurkan sedikit Garam Bukit ke dalam segelas air sejuk atau air suam dan minum diwaktu pagi ketika perut masih kosong.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini sila hubungi kami di HP 013-6701491. Harga termasuk Pos Laju : RM15.00

* Untuk pesanan secara online, barang akan dihantar di dalam bungkusan plastik, bukan di dalam botol seperti gambar di atas. Ianya bertujuan untuk mengelakkan botol pecah ketika di dalam perjalanan pos. Harap maklum...