KHIDMAT KAMI

KHIDMAT KAMI

Selasa, 21 Oktober 2014

TANDA-TANDA KEWUJUDAN GANGGUAN JIN DI DALAM TUBUH BADAN.

Kehadiran makhluk jin yang mengganggu fizikal tubuh badan manusia boleh dikesan melalui petunjuk-petunjuk yang dialami dan dirasai oleh seseorang individu itu sendiri. Petunjuk-petunjuk ini adalah hasil kajian dan pengalaman perawat-perawat silam yang telah melalui pelbagai karenah dan ujian didalam bidang yang mereka ceburi ini.

Petanda-petanda ini dibahagikan kepada dua bahagian :
1. Tanda-tanda ketika tidur.
2. Tanda-tanda ketika jaga.


TANDA-TANDA KETIKA TIDUR

1. Susah tidur malam.
2. Mudah terjaga malam dalam keadaan takut.
3. Mimpi dihimpit atau ditindih.
4. Mimpi buruk dan menakutkan.
5. Mimpi binatang seperti kucing, anjing, ular, tikus, dan sebagainya.
6. Ketawa, menangis dan menjerit ketika tidur.
7. Bunyi gigi bergetar atau berlaga ketika tidur.
8. Mimpi jatuh daripada tempat tinggi.
9. Berdiri dan berjalan ketika tidur.
10. Mimpi berada di tempat sunyi.
11. Mimpi berada di tempat kotor, sampah atau di kawasan perkuburan.
12. Mimpi melihat makhluk halus.
13. Mimpi melihat salib atau gereja.
14. Mimpi bertemu paderi atau berada di rumah ibadat mereka.
15. Mimpi melihat budak kecil, bermain dan menyusukan mereka.
16. Mimpi benda tajam seperti miang buluh, pisau, paku dan sebagainya.

TANDA-TANDA KETIKA JAGA

1. Sering lalai daripada mengingati Allah swt.
2. Hilang ingatan.
3. Hilang semangat bekerja.
4. Lesu dan malas.
5. Sesak nafas apabila masuk waktu Asar hingga malam.
6. Sakit pada sebahagian anggota badan.
7. Sakit di bahagian belakang, terutama pada bahagian tulang belakang.
8. Kuku menjadi hitam dan nafas berbau busuk.
9. Melihat sesuatu yang pelik.
10. Lenguh seluruh anggota badan.
11. Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser @ barah)
12. Terasa seperti memijak telur atau batu di telapak kaki.
13. Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
14. Jiwa lemah dan mudah mengalah.
15. Batuk berlarutan, berdarah, bernanah dan keluar benda asing.
16. Sering pening dan tidak dapat dikesan oleh perubatan moden.
17. Mudah marah dan panas baran.
18. Hilang darah.
19. Agresif dan bertindak liar.

Untuk tanda-tanda ketika jaga di atas, adalah dinasihatkan agar bertemu dengan doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan diagnosis penyakit terlebih dahulu, agar dapat dikesan samada sakit tersebut adalah sakit fizikal atau sakit yang diakibatkan oleh gangguan makhluk halus.


 SALAH SATU SESSI RAWATAN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan