KHIDMAT KAMI

KHIDMAT KAMI

Rabu, 30 November 2016

KULIAH DUHA AMALAN RAWATAN ISLAM

Assalamualaikum semua,

Tibb Zadd As-Syifa akan mengadakan bengkel dhuha.
Asas pengenalan dan amalan Rawatan Islam- setiap 2 minggu.

Terbuka kepada semua warga Islam berumur 18 tahun keatas, boleh membaca Al-Qur'an dan berdisiplin.

Matlamat sasaran ialah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai aplikasi ilmu dan kemahiran dalam kehidupan seharian kepada masyarakat umum.

Pengajian berkonsep pembelajaran berterusan (from zero to hero)

Yuran pengajian dikenakan sebanyak RM20 dan rawatan diberikan secara percuma kepada peserta. Produk - produk dijual berasingan.

kepada yg berminat untuk menyertai bengkel Rawatan Islam bersama perawat Zadd As-Syifa bolehlah hadir ke,
 

Surau Yusof Al-Amin,
Jalan Bukit Segar 1,
Taman Bukit Segar,

Cheras Hartamas,
Kuala Lumpur.

9-10 - bengkel Rawatan Islam bersama perawat Zadd As-Syifa.

10-11 - sesi rawatan

Setiap Ahad minggu pertama dan keempat - bermula pada 4 Disember dan 25 Disember ini

Ahad, 13 November 2016

PUSAT RAWATAN ZADD AS-SYIFA DI KUANTAN, PAHANG.


Assalamu'alaikum !

Pasukan Pengubatan Islam Zadd Assyifa kini telah membuka Pusat Rawatannya yang baru. Pusat Rawatan ini bertempat di Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Alamat penuh bagi  Pusat Rawatan tersebut adalah seperti berikut :

PUSAT RAWATAN ZADD ASSYIFA,
A-25, LORONG BUKIT SETONGKOL 10,
CENDERAWASIH,
25200 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

Kami mengadakan rawatan di pusat ini pada setiap dua minggu sekali, iaitu pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin.

Sila hubungi nombor-nombor berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan jadual rawatan  :

019-2278840 (USTAZ IMAN)
016-2563616 (USTAZ AZLAN)

Anda juga boleh menyertai grup Whatsapp kami, 'Jejak Zadd As Syifa' untuk mendapatkan perkembangan terkini aktiviti kami, serta mendapatkan khidmat nasihat dan tips-tips bermanfaat. Sila hubungi nombor-nombor di atas untuk menyertai grup Whatsapp kami.


KAUNTER PENERIMAAN TETAMU


BILIK RAWATAN KAMI


 
BAHAN RAWATAN KAMI

Selasa, 6 Oktober 2015

ZADD ASSYIFA KE PAROI, NEGERI SEMBILAN.

Pada 4 Oktober yang lalu, pasukan perawat ZADD ASSYIFA telah berkunjung ke Paroi, Negeri Sembilan. Kunjungan kami adalah kerana telah mendapat undangan dari pihak AJK Surau Al-Muttaqin, Taman Cengal, Paroi, untuk mengadakan rawatan dan pengubatan secara berkelompok di surau tersebut.

Seramai enam belas orang pesakit telah hadir untuk mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat dari pihak kami.




Terima kasih diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Muttaqin, Taman Cengal, Paroi, di atas undangan ini...

Dan kepada mana-mana pihak seperti Masjid, Surau atau apa sahaja bentuk komuniti, yang berminat untuk menjalinkan kerjasama  dengan pihak kami untuk mengadakan program seperti seminar, bengkel, atau pun Rawatan secara Ruqyah Syariah, silalah menghubungikami untuk perbincangan lanjut...
 

BENGKEL ASAS RAWATAN ISLAM TAHAP 2 DI KUALA LUMPUR.

Alhamdulillah, seperti mana yang telah dijadualkan, Bengkel Asas Rawatan Islam Tahap Dua telah pun berlangsung pada 3 Oktober yang lalu (Sabtu), bertempat di Masjid Al-Imam Asy-Syafie Taman Maluri, Kuala Lumpur. 

Hanya 7 orang peserta sahaja yang hadir pada program kali ini. Bengkel tetap dijalankan walau pun kehadiran tidaklah begitu memberangsangkan.

Tajuk Bengkel kali ini ialah 'RUQYAH SYARIAH'. Peserta bengkel telah dibimbing oleh Ustaz Sharidzman Abdul Hamid dan juga Ustaz Azlan Azman.


Selasa, 22 September 2015

BENGKEL ASAS RAWATAN ISLAM TAHAP DUA.

Sebagai mana yang pernah dimaklumkan di dalam pos sebelum ini, satu lagi bengkel pengubatan Islam akan dianjurkan oleh pihak kami di dalam waktu yang terdekat ini.Oleh itu, dengan ini secara rasminya kami memaklumkan maklumat lanjut mengenainya.


Bengkel Asas Pengubatan Ruqyah Syariah (Tahap 2) 
bersama perawat - perawat Zadd As-Syifa.

Bengkel ini terbuka kepada semua Muslimin dan Muslimat. Matlamat kami agar ilmu pengetahuan dalam bidang Pengubatan Islam berkembang dan melahirkan perawat - perawat yang berilmu dan berkaliber.

Tarikh : 3hb Oktober 2015 (Sabtu)
Tempat : Bilik Mesyuarat, Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Jalan Perkasa, Maluri, 
               55100 Kuala Lumpur.
Masa  : 9:00 am - 4:00 pm
Yuran  :  RM90.00 (Termasuk minum pagi dan makan tengah hari beserta sijil kehadiran.)

Penyertaan adalah terbuka untuk semua orang, tidak kira sama ada anda pernah menghadiri Bengkel Tahap 1 atau pun tidak. Bagi yang belum mengikuti Bengkel Tahap 1, anda boleh menyertainya kembali dianjuran akan datang.

Kepada yang berminat untuk menyertai bengkel ini, anda boleh menghubungi wakil kami : 013-6701491 (KHAIRIL) untuk sebarang pertanyaan dan juga pendaftaran.

Isnin, 21 September 2015

SEMINAR PERUBATAN ISLAM DI PUTRAJAYA

Selain dari menganjurkan Bengkel Rawatan Islam, perawat-perawat Pengubatan Islam Zadd Asy-Syifa juga turut menghadiri pelbagai bentuk majlis ilmu sebagai menambahkan lagi perbendaharaan ilmu yang sedia ada.

Baru-baru ini, pada 19hb September 2015 (Sabtu), satu seminar telah di adakan di Surau Al-Husna, Persint 9, Putrajaya. Seminar ini diberi judul, SEMINAR PERUBATAN ISLAM : Gangguan Jin, Saka, Sihir dan kaedah rawatannya. 

Pembentangan kertas kerja telah dilakukan oleh Ustaz Muna bin Hamzan Al-Kelantani, dan Ustaz Mohamad Nazru bin Zahari, dua orang pengamal perubatan Islam yang berpengalaman.

Tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibentangkan pada seminar tersebut ialah :
  1. Konsep Pengubatan Islam Menggunakan Ruqyah Ayat 33.
  2. Jin Dan Gangguannya Serta Berdialog Dengannya.
  3. Kaedah Merawat Gangguan Sihir/Saka Dan Kaedah Pagar Rumah.








Ahad, 20 September 2015

BENGKEL ASAS RAWATAN ISLAM DI KUANTAN

Pengubatan Islam Zadd Assyifa sekali lagi telah mengadakan Bengkel Asas Rawatan Islam. Kali ini berlangsung di Kuantan pula. Bengkel telah diadakan di Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Cenderawasih, Kuantan, pada 12hb September 2015 yang lalu. Bengkel ini adalah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Saidina Umar Al-Khatab. Seramai 42 orang peserta telah hadir.






InsyaAllah kami dalam perancangan untuk mengadakan Bengkel Rawatan Islam untuk tahap 2 pula. Bengkel ini akan diadakan di Kuala Lumpur. Walau pun bengkel tahap 2, semua orang layak untuk menyertainya. Sila nantikan makluman lanjut dari pihak kami dari masa ke masa...