KHIDMAT KAMI

KHIDMAT KAMI

Sabtu, 8 November 2014

GARAM BUKIT untuk PELBAGAI KEGUNAAN

GARAM BUKIT untuk PELBAGAI KEGUNAAN

| SAIZ : 300GM | HARGA : RM10.00 | POS LAJU : RM5.00 |




Seperti juga GARAM BUKIT plus RUQYAH SYAR'IAH, GARAM BUKIT untuk PELBAGAI KEGUNAAN juga telah diruqyahkan dengan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa terpilih. Bezanya, GARAM BUKIT untuk PELBAGAI KEGUNAAN didatangkan dalam bentuk garam halus, maka ianya mempunyai pelbagai kelebihan mengikut kesesuaian penggunaan :

MASAKAN
Oleh kerana garam ini bersifat halus dan mudah larut, maka GARAM BUKIT untuk PELBAGAI KEGUNAAN ini boleh digunakan didalam makanan untuk makanan yang sudah dimasak, untuk menambahkan rasa masinnya.

MAKANAN
Amalan Rasulullah s.a.w, mencubit dan mencicip sedikit garam sebelum dan selepas makan.

MINUMAN
Campurkan sedikit Garam Bukit ke dalam segelas air sejuk atau air suam dan minum diwaktu pagi ketika perut masih kosong.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini sila hubungi kami di HP 013-6701491. Harga termasuk Pos Laju : RM15.00

* Untuk pesanan secara online, barang akan dihantar di dalam bungkusan plastik, bukan di dalam botol seperti gambar di atas. Ianya bertujuan untuk mengelakkan botol pecah ketika di dalam perjalanan pos. Harap maklum...

Ahad, 26 Oktober 2014

GARAM BUKIT plus RUQYAH SYARIYAH

GARAM BUKIT plus RUQYAH SYARIYAH

| SAIZ : 350 GM | HARGA : RM 10.00 | POS : RM 5.00 |




Garam Bukit ini telah diRuqyah Syariyah (Jampi-jampi Syarie) seperti Ruqyah Tahriqul Jin (Pembakar Jin), ayat-ayat syifa, doa-doa penyembuh, selawat dan sebagainya...

KEGUNAAN :

MASAKAN
Gunakan garam bukit sebagai menggantikan garam biasa ke dalam masakan anda.


MANDIAN

Ambil kira-kira 5 sudu besar, atau 100 gram Garam Bukit ke dalam sebaldi air suam atau air bercampur ais. Mandi dengan air bancuhan tersebut. Biarkan ia meresap ke dalam  tubuh untuk beberapa minit, kemudian bilas dengan air biasa.

RENDAMAN KAKI
Ambil kira-kira 5 sudu besar atau 100 gram Garam Bukit, kemudian dicampurkan dengan air panas di dalam baldi atau besen yang boleh menenggelamkan kaki sehingga paras buku lali. Kepanasan air adalah bergantung kepada kemampuan kaki. Jangan sampai melecur! Rendamkan kaki anda ke dalam air tersebut bermula dari bahagian tumit. Lakukan di masa lapang atau sebelum tidur malam. Ambillah masa kira-kira 30 minit sehingga 1 jam. Jika kepanasan berkurangan, tambahkan lagi air panas.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini sila hubungi kami di HP 013-6701491. Harga termasuk Pos Laju : RM15.00

* Untuk pesanan secara online, barang akan dihantar di dalam bungkusan plastik, bukan di dalam botol seperti gambar di atas. Ianya bertujuan untuk mengelakkan botol pecah ketika di dalam perjalanan pos. Harap maklum...




Sabtu, 25 Oktober 2014

MINYAK IKHTIAR HABBATUS SAWDA

MINYAK IKHTIAR
HABBATUS SAWDA

| SAIZ : 15 ML | HARGA : RM25.00 | POS LAJU : RM5.00  |

Minyak ini telah dibacakan RUQYAH SYARIYAH (Jampi Syarie) dengan ayat-ayat suci Al-Quran, zikir, dan doa-doa terpilih.



Maksud Hadis :
"Sesungguhnya Habbatussauda mengandungi ubat bagi semua jenis penyakit kecuali as-sam." Aisyah bertanya, "Apakah as-sam?" Dijawab oleh baginda, "As-sam adalah kematian!"  (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.


CARA PENGAMBILAN

3 - 5 titik Minyak Ikhtiar Habbatus sauda diminum setiap pagi sebelum sarapan, dan juga setiap malam sebelum tidur. Lebih afdhal jika terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan berikut :

1, AL-FATIHAH
2. AYAT KURSI
3. SELAWAT
4. SURAH AL-ANBIYA, AYAT 83.

Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan Minyak Ikhtiar Habbatussauda ini sila hubungi kami di HP 013-6701491. Harga termasuk kos pos laju : RM30.00.




PAKEJ BELIAN BERKEMBAR

MINYAK IKHTIAR HABBATUS SAUDA
+

HARGA RM55.00
(Jimat RM5.00 untuk kos POSLAJU)

 MINYAK IKHTIAR HABBATUS SAUDA
&


Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan Minyak Ikhtiar Habbatussauda ini sila hubungi kami di HP 013-6701491. Harga termasuk kos pos laju : RM55.00.

______________________________________________________________________


KHASIAT HABBATUSSAUDA

Habbatus sauda juga dikenali sebagai Jintan Hitam di dalam Bahasa Melayu, Black Seeds di dalam Bahasa Inggerisnya. Sementara di dalam istilah sainsnya pula, ia digelar sebagai Nigella Sativa.  

Khasiat dan kebaikan Habbatus sauda tidak perlu dipersoalkan lagi. Ini kerana keupayaan Habbatussauda sebagai penyembuh segala penyakit (dengan izin Allah) telah disahkan sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w.  Kenyataan baginda itu telah disokong dan dibuktikan oleh kajian-kajian sains zaman-zaman berikutnya.


MINYAK SINERGI ZADD ASSYIFA

MINYAK SINERGY ZADD ASSYIFA

| SAIZ : 30 ML | HARGA : RM25.00 | POS LAJU : RM5.00 |

Minyak Urut Serbaguna






UNTUK KEGUNAAN LUARAN SAHAJA

Meredakan sakit sendi, terseliuh, urat saraf, luka-luka kecil, gigitan serangga, kebas, senak perut, lemah syahwat, gangguan makhluk halus dan sebagainya.

CARA PENGGUNAAN

3 - 5 titik disapukan dan urut pada bahagian badan yang bermasalah, sehingga meresap ke dalam kulit. Mulakan dengan bacaan Al-Fatihah, dan dari surah Yasin, ayat 78.

Untuk anda yang berminat untuk membuat pembelian, sila hubungi kami di 013-6701491. Harga termasuk kos pos : RM 30.00


PAKEJ PEMBELIAN BERKEMBAR
MINYAK SINERGY ZADD ASSYIFA
+
MINYAK IKHTIAR HABBATUS SAUDA

HARGA : RM55.00
( Jimat RM5.00 untuk kos POSLAJU)

MINYAK IKHTIAR HABBATUS SAUDA
&
MINYAK SINERGY ZADD ASSYIFA


Untuk anda yang berminat untuk membuat pembelian, sila hubungi kami di 013-6701491. Harga termasuk kos pos : RM 55.00

Khamis, 23 Oktober 2014

RUMAH BERHANTU ?

Sekadar hiasan....

Judul di atas hanyalah sekadar gimik sahaja. Namun begitu bukanlah suatu kemustahilan untuk makhluk yang bergelar 'hantu' di dalam istilah Melayu menumpangi rumah kita. 'Hantu' yang dimaksudkan di sini ialah makhluk jin

Jika rumah kita sudah sedia ditumpangi oleh makhluk lain seperti tikus, cicak, lipas, nyamuk, lalat dan seumpamanya, maka makhluk jin juga turut berminat untuk menumpang tinggal di rumah kita. Yang menjadi masalahnya, makhluk-makhluk ini bukan sahaja sekadar menumpang, malah turut mendatangkan masalah kepada tuan rumah seisi keluarga. Apa bila sampai ke tahap ini, maka sesuatu harus dilakukan, seperti  mengusir 'mereka' dari kediaman kita, seterusnya 'memagar' premis kita itu dari didatangi kembali oleh mereka.

Diantara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa sesuatu kediaman, kedai atau pejabat itu 'ditumpangi' oleh makhluk jin adalah seperti berikut :

1. Berbau sama ada wangian, kemenyan, busuk, hanyir atau hangit yang tidak diketahui puncanya.
2. Bayi kerap menangis bila berada di dalam rumah.
3. Benda bergerak atau beralih tempat dengan sendirinya.
4. Bunyi air paip dibuka di tandas atau bilik mandi.
5. Bunyi perabut atau benda berat atau tukul besi diseret di rumah atas, jika tinggal di flat, apartment atau condo.
6. Bunyi guli atau bola ping-pong di atas siling atau di rumah atas.
7. Bunyi orang berjalan di dalam atau di bahagian atas rumah.
8. Bunyi pasir atau benda berat jatuh di atas siling atau bumbung rumah.
9. Bunyi sesuatu mencakar bumbung, pintu atau tingkap.
10. Kedai atau pejabat tidak dapat dilihat oleh pelanggan, seperti tidak beroperasi.
11. Lampu atau alat elektrik terpadam dengan sendirinya.
12. Makanan yang telah dimasak mudah menjadi basi.
13. Melihat lembaga atau jin atau hantu secara terus.
14. Mendengar suara berbisik, menyergah atau memamggil nama.
15. Nampak kepulan asap hitam atau putih dalam rumah atau bilik.
16. Pintu atau tingkap bergegar atau terbuka dengan sendirinya.
17. Rasa resah gelisah tanpa sebab bila berada di dalam rumah. 
18. Sering terasa seram bila berseorangan di dalam rumah.
19. Selalu melihat kelibat atau bayangan di dalam rumah.
20. Sering kehilangan wangsecara tiba-tiba.
21. Sering terjaga diwaktu malam atau tengah malam.
22. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur.
23. Suami-isteri atau penghuni rumah, atau pekerja kerap bertengkar walau pun perkara  kecil.
24. Suhu dalam rumah terasa aliran bahang panas.
25. Tanda lebam pada anggota badan.
26. Terasa ada lembaga tidur bersama atau bersetubuh atau mengganggu atau berdialog  ketika tidur.
27. Terasa diri selalu diperhatikan atau diekori.
28. Terasa bahu ditepuk dari belakang.
29. Terasa kena renjisan air.
30. Udara dalam rumah terasa mampat.

Jika anda memerlukan khidmat mengusir jin dari kediaman, dan memagar rumah, sila hubungi kami...

Selasa, 21 Oktober 2014

TANDA-TANDA KEWUJUDAN GANGGUAN JIN DI DALAM TUBUH BADAN.

Kehadiran makhluk jin yang mengganggu fizikal tubuh badan manusia boleh dikesan melalui petunjuk-petunjuk yang dialami dan dirasai oleh seseorang individu itu sendiri. Petunjuk-petunjuk ini adalah hasil kajian dan pengalaman perawat-perawat silam yang telah melalui pelbagai karenah dan ujian didalam bidang yang mereka ceburi ini.

Petanda-petanda ini dibahagikan kepada dua bahagian :
1. Tanda-tanda ketika tidur.
2. Tanda-tanda ketika jaga.


TANDA-TANDA KETIKA TIDUR

1. Susah tidur malam.
2. Mudah terjaga malam dalam keadaan takut.
3. Mimpi dihimpit atau ditindih.
4. Mimpi buruk dan menakutkan.
5. Mimpi binatang seperti kucing, anjing, ular, tikus, dan sebagainya.
6. Ketawa, menangis dan menjerit ketika tidur.
7. Bunyi gigi bergetar atau berlaga ketika tidur.
8. Mimpi jatuh daripada tempat tinggi.
9. Berdiri dan berjalan ketika tidur.
10. Mimpi berada di tempat sunyi.
11. Mimpi berada di tempat kotor, sampah atau di kawasan perkuburan.
12. Mimpi melihat makhluk halus.
13. Mimpi melihat salib atau gereja.
14. Mimpi bertemu paderi atau berada di rumah ibadat mereka.
15. Mimpi melihat budak kecil, bermain dan menyusukan mereka.
16. Mimpi benda tajam seperti miang buluh, pisau, paku dan sebagainya.

TANDA-TANDA KETIKA JAGA

1. Sering lalai daripada mengingati Allah swt.
2. Hilang ingatan.
3. Hilang semangat bekerja.
4. Lesu dan malas.
5. Sesak nafas apabila masuk waktu Asar hingga malam.
6. Sakit pada sebahagian anggota badan.
7. Sakit di bahagian belakang, terutama pada bahagian tulang belakang.
8. Kuku menjadi hitam dan nafas berbau busuk.
9. Melihat sesuatu yang pelik.
10. Lenguh seluruh anggota badan.
11. Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser @ barah)
12. Terasa seperti memijak telur atau batu di telapak kaki.
13. Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
14. Jiwa lemah dan mudah mengalah.
15. Batuk berlarutan, berdarah, bernanah dan keluar benda asing.
16. Sering pening dan tidak dapat dikesan oleh perubatan moden.
17. Mudah marah dan panas baran.
18. Hilang darah.
19. Agresif dan bertindak liar.

Untuk tanda-tanda ketika jaga di atas, adalah dinasihatkan agar bertemu dengan doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan diagnosis penyakit terlebih dahulu, agar dapat dikesan samada sakit tersebut adalah sakit fizikal atau sakit yang diakibatkan oleh gangguan makhluk halus.


 SALAH SATU SESSI RAWATAN....

PUSAT RAWATAN ZADD ASSYIFA DI AMPANG, SELANGOR

Pusat rawatan kami berada di alamat berikut :

PUSAT RAWATAN ZADD ASSYIFA,
KEDAI MUSOLLA DARUSSALAM,
MDS72, JALAN TERATAI 2/5,
TAMAN BUKIT TERATAI,
56100 KUALA LUMPUR.

HP : 013-6701491

Waktu rawatan :

MASALAH GANGGUAN
BERASASKAN TEMUJANJI

RAWATAN KAEDAH BEKAM
SETIAP HARI, KECUALI HARI RABU

Sila hubungi kami terlebih dahulu untuk sebarang urusan dan temujanji.


Dari pandangan luar...

Ruangan runding cara...

Bilik rawatan...

Jumaat, 17 Oktober 2014

BARISAN PERAWAT ZADD ASSYIFA

Seperti yang telah dimaklumkan di dalam pos yang terdahulu, pasukan petugas ZADD ASSYIFA terdiri dari beberapa orang  perawat atau mualij. Berikut ini dipaparkan wajah-wajah perawat kami, agar dengan ini akan lebih meyakinkan anda, serta tidak diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengaku bahawa mereka adalah kumpulan ZADD ASSYIFA.



AZLAN 

SHARIDZMAN

RASAHUDIN

KHAIRIL ANIZAN

 NAZRUL AZMAN
               

Selasa, 14 Oktober 2014

MUQADDIMAH



                      




Salam perkenalan !

Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini.
 

ZADD ASSYIFA adalah merupakan sebuah pasukan perawat yang terdiri dari beberapa individu perawat yang mengamalkan kaedah pengubatan dan perawatan Islam yang berasaskan RUQYAH SYARI'YAH (Jampi atau doa yang seiring dengan syariat), BEKAM, PEMAKANAN SUNNAH dan HERBA TRADISIONAL.


http://gappima.blogspot.com/

 ZADD ASSYIFA bernaung di bawah Gabungan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), sebuah badan induk yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Nombor keahlian ZADD ASSYIFA ialah P12014. Oleh itu, tiada keraguan lagi untuk anda berurusan dengan kami!

Pusat Rawatan kami berada di alamat berikut :

PUSAT RAWATAN ZADD ASSYIFA,
Kedai Musolla Darussalam,
MDS 72, Jalan Teratai 2/5,
Taman Bukit Teratai,
56100 Kuala Lumpur.


Waktu rawatan :  Setiap hari Selasa, 8.00 malam. (Untuk rawatan masalah gangguan)
                            Setiap hari, kecuali hari Rabu. (Untuk terapi bekam)
                           (Sila hubungi kami terlebih dahulu untuk temujanji)


Kami juga menerima panggilan untuk membuat rawatan di lokasi anda jika keadaan memerlukan, tertakluk kepada perbincangan.

Sila hubungi wakil kami untuk sebarang pertanyaan :

016-2563616 (AZLAN - MASALAH GANGGUAN)
017-6499818 (ASNOR - MASALAH GANGGUAN)

013-6701491 (KHAIRIL - BEKAM)