KHIDMAT KAMI

KHIDMAT KAMI

Khamis, 23 Oktober 2014

RUMAH BERHANTU ?

Sekadar hiasan....

Judul di atas hanyalah sekadar gimik sahaja. Namun begitu bukanlah suatu kemustahilan untuk makhluk yang bergelar 'hantu' di dalam istilah Melayu menumpangi rumah kita. 'Hantu' yang dimaksudkan di sini ialah makhluk jin

Jika rumah kita sudah sedia ditumpangi oleh makhluk lain seperti tikus, cicak, lipas, nyamuk, lalat dan seumpamanya, maka makhluk jin juga turut berminat untuk menumpang tinggal di rumah kita. Yang menjadi masalahnya, makhluk-makhluk ini bukan sahaja sekadar menumpang, malah turut mendatangkan masalah kepada tuan rumah seisi keluarga. Apa bila sampai ke tahap ini, maka sesuatu harus dilakukan, seperti  mengusir 'mereka' dari kediaman kita, seterusnya 'memagar' premis kita itu dari didatangi kembali oleh mereka.

Diantara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa sesuatu kediaman, kedai atau pejabat itu 'ditumpangi' oleh makhluk jin adalah seperti berikut :

1. Berbau sama ada wangian, kemenyan, busuk, hanyir atau hangit yang tidak diketahui puncanya.
2. Bayi kerap menangis bila berada di dalam rumah.
3. Benda bergerak atau beralih tempat dengan sendirinya.
4. Bunyi air paip dibuka di tandas atau bilik mandi.
5. Bunyi perabut atau benda berat atau tukul besi diseret di rumah atas, jika tinggal di flat, apartment atau condo.
6. Bunyi guli atau bola ping-pong di atas siling atau di rumah atas.
7. Bunyi orang berjalan di dalam atau di bahagian atas rumah.
8. Bunyi pasir atau benda berat jatuh di atas siling atau bumbung rumah.
9. Bunyi sesuatu mencakar bumbung, pintu atau tingkap.
10. Kedai atau pejabat tidak dapat dilihat oleh pelanggan, seperti tidak beroperasi.
11. Lampu atau alat elektrik terpadam dengan sendirinya.
12. Makanan yang telah dimasak mudah menjadi basi.
13. Melihat lembaga atau jin atau hantu secara terus.
14. Mendengar suara berbisik, menyergah atau memamggil nama.
15. Nampak kepulan asap hitam atau putih dalam rumah atau bilik.
16. Pintu atau tingkap bergegar atau terbuka dengan sendirinya.
17. Rasa resah gelisah tanpa sebab bila berada di dalam rumah. 
18. Sering terasa seram bila berseorangan di dalam rumah.
19. Selalu melihat kelibat atau bayangan di dalam rumah.
20. Sering kehilangan wangsecara tiba-tiba.
21. Sering terjaga diwaktu malam atau tengah malam.
22. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur.
23. Suami-isteri atau penghuni rumah, atau pekerja kerap bertengkar walau pun perkara  kecil.
24. Suhu dalam rumah terasa aliran bahang panas.
25. Tanda lebam pada anggota badan.
26. Terasa ada lembaga tidur bersama atau bersetubuh atau mengganggu atau berdialog  ketika tidur.
27. Terasa diri selalu diperhatikan atau diekori.
28. Terasa bahu ditepuk dari belakang.
29. Terasa kena renjisan air.
30. Udara dalam rumah terasa mampat.

Jika anda memerlukan khidmat mengusir jin dari kediaman, dan memagar rumah, sila hubungi kami...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan