KHIDMAT KAMI

KHIDMAT KAMI

Selasa, 6 Oktober 2015

ZADD ASSYIFA KE PAROI, NEGERI SEMBILAN.

Pada 4 Oktober yang lalu, pasukan perawat ZADD ASSYIFA telah berkunjung ke Paroi, Negeri Sembilan. Kunjungan kami adalah kerana telah mendapat undangan dari pihak AJK Surau Al-Muttaqin, Taman Cengal, Paroi, untuk mengadakan rawatan dan pengubatan secara berkelompok di surau tersebut.

Seramai enam belas orang pesakit telah hadir untuk mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat dari pihak kami.




Terima kasih diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Muttaqin, Taman Cengal, Paroi, di atas undangan ini...

Dan kepada mana-mana pihak seperti Masjid, Surau atau apa sahaja bentuk komuniti, yang berminat untuk menjalinkan kerjasama  dengan pihak kami untuk mengadakan program seperti seminar, bengkel, atau pun Rawatan secara Ruqyah Syariah, silalah menghubungikami untuk perbincangan lanjut...
 

BENGKEL ASAS RAWATAN ISLAM TAHAP 2 DI KUALA LUMPUR.

Alhamdulillah, seperti mana yang telah dijadualkan, Bengkel Asas Rawatan Islam Tahap Dua telah pun berlangsung pada 3 Oktober yang lalu (Sabtu), bertempat di Masjid Al-Imam Asy-Syafie Taman Maluri, Kuala Lumpur. 

Hanya 7 orang peserta sahaja yang hadir pada program kali ini. Bengkel tetap dijalankan walau pun kehadiran tidaklah begitu memberangsangkan.

Tajuk Bengkel kali ini ialah 'RUQYAH SYARIAH'. Peserta bengkel telah dibimbing oleh Ustaz Sharidzman Abdul Hamid dan juga Ustaz Azlan Azman.


Selasa, 22 September 2015

BENGKEL ASAS RAWATAN ISLAM TAHAP DUA.

Sebagai mana yang pernah dimaklumkan di dalam pos sebelum ini, satu lagi bengkel pengubatan Islam akan dianjurkan oleh pihak kami di dalam waktu yang terdekat ini.Oleh itu, dengan ini secara rasminya kami memaklumkan maklumat lanjut mengenainya.


Bengkel Asas Pengubatan Ruqyah Syariah (Tahap 2) 
bersama perawat - perawat Zadd As-Syifa.

Bengkel ini terbuka kepada semua Muslimin dan Muslimat. Matlamat kami agar ilmu pengetahuan dalam bidang Pengubatan Islam berkembang dan melahirkan perawat - perawat yang berilmu dan berkaliber.

Tarikh : 3hb Oktober 2015 (Sabtu)
Tempat : Bilik Mesyuarat, Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Jalan Perkasa, Maluri, 
               55100 Kuala Lumpur.
Masa  : 9:00 am - 4:00 pm
Yuran  :  RM90.00 (Termasuk minum pagi dan makan tengah hari beserta sijil kehadiran.)

Penyertaan adalah terbuka untuk semua orang, tidak kira sama ada anda pernah menghadiri Bengkel Tahap 1 atau pun tidak. Bagi yang belum mengikuti Bengkel Tahap 1, anda boleh menyertainya kembali dianjuran akan datang.

Kepada yang berminat untuk menyertai bengkel ini, anda boleh menghubungi wakil kami : 013-6701491 (KHAIRIL) untuk sebarang pertanyaan dan juga pendaftaran.

Isnin, 21 September 2015

SEMINAR PERUBATAN ISLAM DI PUTRAJAYA

Selain dari menganjurkan Bengkel Rawatan Islam, perawat-perawat Pengubatan Islam Zadd Asy-Syifa juga turut menghadiri pelbagai bentuk majlis ilmu sebagai menambahkan lagi perbendaharaan ilmu yang sedia ada.

Baru-baru ini, pada 19hb September 2015 (Sabtu), satu seminar telah di adakan di Surau Al-Husna, Persint 9, Putrajaya. Seminar ini diberi judul, SEMINAR PERUBATAN ISLAM : Gangguan Jin, Saka, Sihir dan kaedah rawatannya. 

Pembentangan kertas kerja telah dilakukan oleh Ustaz Muna bin Hamzan Al-Kelantani, dan Ustaz Mohamad Nazru bin Zahari, dua orang pengamal perubatan Islam yang berpengalaman.

Tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibentangkan pada seminar tersebut ialah :
  1. Konsep Pengubatan Islam Menggunakan Ruqyah Ayat 33.
  2. Jin Dan Gangguannya Serta Berdialog Dengannya.
  3. Kaedah Merawat Gangguan Sihir/Saka Dan Kaedah Pagar Rumah.








Ahad, 20 September 2015

BENGKEL ASAS RAWATAN ISLAM DI KUANTAN

Pengubatan Islam Zadd Assyifa sekali lagi telah mengadakan Bengkel Asas Rawatan Islam. Kali ini berlangsung di Kuantan pula. Bengkel telah diadakan di Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Cenderawasih, Kuantan, pada 12hb September 2015 yang lalu. Bengkel ini adalah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Saidina Umar Al-Khatab. Seramai 42 orang peserta telah hadir.






InsyaAllah kami dalam perancangan untuk mengadakan Bengkel Rawatan Islam untuk tahap 2 pula. Bengkel ini akan diadakan di Kuala Lumpur. Walau pun bengkel tahap 2, semua orang layak untuk menyertainya. Sila nantikan makluman lanjut dari pihak kami dari masa ke masa...

Isnin, 31 Ogos 2015

BENGKEL ASAS RAWATAN ISLAM

Akhirnya, sebagai mana yang telah dirancangkan sebelum ini, Bengkel Asas Pengenalan Kepada Rawatan Islam telah pun berlangsung dengan jayanya pada 22hb Ogos yang lalu.

Bengkel yang pada mulanya dirancang diadakan di Pusat Rawatan Zadd As-Syifa  di Seri Kembangan, terpaksa dipindahkan ke Masjid Al-Imam Asy-Syafie Taman Maluri, demi untuk keselesaan para peserta. Seramai 12 orang peserta telah menghadirkan diri. Peserta telah dibimbing oleh Ustaz Sharidzman Abdul Hamid dan juga Ustaz Azlan Azman.




Bengkel ini adalah merupakan asas dan pengenalan kepada rawatan Islam. Bengkel lanjutan akan diadakan di dalam masa terdekat dan pihak Zadd Asy-Syifa akan membuat pengumuman mengenainya nanti. Kepada yang berminat untuk menyertainya, anda  sudah boleh membuat tempahan awal kedudukan dengan menghubungi 013-6701491 (Khairil).

Khamis, 30 Julai 2015

BENGKEL ASAS PENGENALAN KEPADA RAWATAN ISLAM.

InsyaAllah dengan izin ZADD AS-SYIFA akan mengadakan satu bengkel yang dinamakan : ASAS PENGENALAN KEPADA RAWATAN ISLAM. 

Bengkel ini terbuka kepada semua Muslimin dan Muslimat. Matlamat kami agar ilmu pengetahuan dalam bidang Pengubatan Islam berkembang dan melahirkan perawat - perawat yang berilmu dan berkaliber. Anda akan dibimbing oleh barisan perawat ZADD AS-SYIFA.

Berikut adalah maklumat terperinci bengkel tersebut:


TARIKH :  22HB OGOS 2015 (SABTU)

TEMPAT :
ZADD AS-SYIFA HQ
7-1, JALAN EQUINE 9B,
BANDAR PUTRA PERMAI,
43300 SERI KEMBANGA,
SELANGOR DARUL EHSAN
.
Belakang Jaya Jusco AEON Equine Park.
http://waze.to/smren_GBgeWACA2WjhZFY

YURAN : RM90
Termasuk makan pagi, makan tengah hari dan minum petang,
beserta sijil kehadiran Tahap 1.

Aturcara :

Sesi pagi:
Pengenalan kepada rawatan Islam dan ayat asas benteng diri.

Sesi petang:

1. Ujian.
2. Pengijazahan ayat asas benteng diri.
3. Rawatan percuma.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi  :  013-6701491 (KHAIRIL ANIZAN)

Mudah-mudahan dengan kehadiran anda akan lebih memeriahkan bengkel ini, serta memartabatkan lagi bidang pengubatan Islam.

Isnin, 27 April 2015

SEMINAR REVOLUSI PERUBATAN ISLAM

Pada 25 April 2015 yang lalu, GAPPIMA sekali lagi telah menganjurkan satu seminar dengan kerjasama Masjid Tabung Haji Kelana Jaya. Seminar kali ini telah diberi nama "Revolisi Perubatan Islam". Seminar tersebut telah pun berlangsung di Dewan Sri Jugra, TH Hotel, Kelana Jaya.

Zadd AsSyifa turut menghantar wakil menghadiri seminar ini bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan di bidang pengubatan. Selain daripada itu, sebagai anggota gabungan GAPPIMA, perawat-perawat Zadd AsSyifa turut berganding tenaga dengan ahli-ahli GAPPIMA yang lain memberikan rawatan percuma secara terbuka kepada peserta-peserta seminar.


 Pembentangan Kertas Kerja 1 :
"AMALAN SIHIR DAN KESANNYA DALAM MASYARAKAT"
Dr. Abdullah Yusuf

Pembentangan Kertas Kerja 2 :
"PERUBATAN ISLAM ASAS KEPADA PERUBATAN MODEN"
Dr. Amir Shahmi Md Ali

Penceramah Jemputan :
Dato' Dr. Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku)

Forum : SEMBANG SANTAI PERUBATAN ISLAM
Ustaz Mohd Hadi Bin Ahmad Talhah
Dr. Rushdi Ramli
Ustaz Zul Amirul

Bergambar kenangan...

Ahad, 26 April 2015

SEMINAR PERUBATAN ISLAM

Pada 18hb April yang lalu, bersamaan 28 Jamadilakhir 1436, hari Sabtu, perawat-perawat Zadd AsySyifa telah menghadiri "Seminar Perubatan Islam",bertempat di Dewan Hambali, Masjid As-Syarif, Meru, Klang.

Seminar ini telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dengan kerjasama Gabungan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA).


Antara objektif seminar ini diadakan ialah :
  • Memperkukuh ilmu tentang rawatan Islam sebenar di kalangan perawat dan juga orang awam.
  • Memperkasa kemahiran dan kaedah rawatan dalam Islam serta menambah pengetahuan.
  • Memperincikan sikap dan etika sebagai perawat dalam perubatan Islam.

Ucap utama :
Prof. Madya Dato' Mohd Mokhtar bin Shafii
Pengerusi Jawatankuasa Pengawalan Aqidah , MAIS
"Isu-isu Aqidah Dalam Pengubatan Islam"

Pembentangan Kertas Kerja 1 :
"Pengenalan Kepada Perubatan Islam"
Ustaz Imran bin Kamal Basah
Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Pembentangan Kertas Kerja 2 :
"Amalan-amalan Yang Bercanggah Dengan Konsep Perubatan Islam"
Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim

Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Majlis Perasmian :
Dato' Haris bin Kasim
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangorum :

Forum :
"Alam Mistik : Antara Kebenaran Dan Kepercayaan"

Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani
(Timbalan Presiden GAPPIMA)
Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin
(Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, JAIS)

Ustaz Md Adib Mahyus bin Asmungi
(Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan & Pembangunan JAIS)


Bersama USTAZ AHMAD DUSUKI BIN ABDUL RANI,
Timbalan Presiden GAPPIMA

Khamis, 19 Mac 2015

KAJIAN SAINTIFIK BUKTIKAN BERBEKAM BERKESAN !



KOTA BHARU - Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (USMKK) membuktikan kaedah kesihatan melalui berbekam selamat, berkesan, bersih dan mencegah pelbagai penyakit jika dilakukan juru bekam diiktiraf.

Penyelaras Program Juru Bekam Klinikal, Prof Dr Ab Aziz Al-Safi berkata, berdasarkan kajian saintifik yang dilakukannya selama dua tahun, berbekam bukan sahaja amalan sunah tetapi dapat mencegah penyakit kronik.

“Kajian ini memberi hasil yang menunjukkan indikator terhadap pelbagai penyakit dengan mengurangkan kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi dan kencing manis.

“Paling penting, saluran sarah menjadi lebih anjal yang boleh mengelak serangan penyakit jantung, sekali gus menghindar daripada strok, juga baik untuk buah pinggang dan gout,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Penyampaian Diploma.

Majlis itu anjuran Kluster Perubatan Tradisional dan Integratif Pusat Pengajian Sains Perubatan USM dengan kerjasama Akademi Usahawan Islam.

Turut hadir, bekas Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Prof Mustafa Musa; Ketua Kluster Perubatan Tradisional dan Integratif USMKK, Prof Dr Siti Amrah Sulaiman dan Pengasas Akademi Usahawan Islam, Datuk Dr Mohd Zamri Mohd Salleh.

Lebih menarik, Abd Aziz berkata, kaedah itu juga dapat mengurangkan penggunaan ubat-ubatan di hospital dan menjimatkan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun.

Sementara itu, beliau berkata, pemegang diploma bidang berbekam juga turut diberi latihan keusahawanan Islam dalam usaha menjana pendapatan terutama dalam persekitaran membantu orang kampung.

“Kita mendapati kekurangan juru bekam di hospital, jadi latihan kursus diberikan kepada mereka selama dua tahun dan latihan intensif. Pemantauan dilakukan dengan catatan buku log.

 “Juru bekam yang mengikuti kursus ini diminta membuat kaedah bekam di tempat diiktiraf, malah menetapkan syarat mereka perlu buat bekam sekurang-kurangnya 120 kali dicatat dalam buku log, barulah mereka layak menerima pengiktirafan,” katanya.

Katanya, setakat ini sudah dua kali majlis pengiktirafan diadakan, melibatkan 41 juru bekam di seluruh Malaysia dan sebahagian daripada mereka adalah 15 juru bekam diiktiraf yang terdapat di Kelantan.

Beliau berharap lebih ramai juru bekam lahir di negara ini yang mengikuti kursus formal dan memberikan rawatan berbekam melalui kaedah terbukti berkesan serta mempunyai buku saintifik.


WARTAWAN SINAR HARIAN
12 DISEMBER, 2014

SUMBER :
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kajian-saintifik-buktikan-berbekam-berkesan-1.341096

______________________________________________________________________________________________

Kepada anda yang berminat untuk berbekam, sila hubungi : 013-6701491  (KHAIRIL) 





Isnin, 9 Februari 2015

BERHENTI JUMPA BOMOH



PUTRAJAYA - Masyarakat di negara ini perlu meninggalkan kepercayaan karut seperti beubat menggunakan bomoh kerana boleh menyebabkan jatuh syirik. Penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam, Datuk Ismail Kamus berkatamasih ramai masyarakat terutama orang Melayu yang masih mempercayai bomoh.

"Orang kita (Melayu) sendiri masih ramai yang menemui bomoh untuk mendapatkan rawatan. Mereka kata nak berikhtiar, tapi cara yang dipilih itu salah dan boleh jatuh syirik. Kalau hidup dalam syirik, memang sudah tiada guna. Jika mahu berubat perlu mengikut ajaran dan syariat Islam," katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Persatuan Perubatan Islam Darussalam, semalam.

Menurutnya, terdapat segelintir bomoh yang melakukan perbuatan menyihir kembali pesakit jika tidak kembali berubat dengan mereka.

"Ini antara bahaya jika berubat dengan bomoh. Mereka akan menyihir kembali pesakit selain amalan ataupun ilmu yang digunakan jelas bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

Beliau berkata, untuk membendung masyarakat daripada bertemu bomoh, lebih ramai orang Islam perlu mempelajari cara perawatan mengikut ajaran Islam dengan betul.

"Salah satu sebab mengapa orang Melayu pergi kepada bomoh, ialah kerana tidak banyak alternatif perubatan Islam yang ditawarkan.

"Kerana itu lebih banyak kursus daripada persatuan perubatan Islam seperti yang dilakukan Persatuan Perubatan Islam Darussalam supaya lebih ramai yang mampu berubat dan elakkan masyarakat jumpa bomoh," katanya.

Kata Ismail lagi,perubatan Islam kini semakin diterima baik hingga terdapat masyarakat dari agama lain seperti Hindu dan Buddha sudah mula percaya pada rawatan Islam. 

"Harus diakui masyarakat kini menghadapi pelbagai gangguan seperti sihir, rasukan, saka dan sebagainya. Rawatan cara Islam adalah yang terbaik, namun masih ada yang mempercayai bomoh.

"Malah ada yang datang dari luar negara seperti Australia, Lubnan dan New Zealand semata-mata mahu mendapatkan rawatan di Darussalam. Sekurang-kurangnya kita dapat mendekatkan mereka dengan Islam," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai seramai 62 graduan telah berjaya menerima Ijazah Perubatan Islam Darussalam dalam konvokesyen yang di adakan Masjid Putra, Putrajaya.

- MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY, SINAR HARIAN, AHAD, 8 FEBRUARI, 2015 (MS10)




Isnin, 12 Januari 2015

KUMPULAN SAHABAT ZADD ASYYSIFA DI FACEBOOK...

Pasukan Terapi Pengubatan ZADD AS-SYIFA telah pun mewujudkan satu kumpulan (grup) perbincangan di Facebook. Kumpulan ini kami namakan SAHABAT ZADD AS-SYIFA. Grup ini diwujudkan bertujuan sebagai sokongan kepada blog ini. Di grup ini nanti kami akan berkongsi maklumat dengan anda mengenai berita dan aktiviti semasa ZADD AS-SYIFA, perkongsian ilmu, perbincangan dan sebagainya...

Kepada anda yang berminat untuk menyertai grup SAHABAT ZADD AS-SYIFA, sila pada pautan berikut atau pada banner di bawah :



SAHABAT ZADD AS-SYIFA