KHIDMAT KAMI

KHIDMAT KAMI

Khamis, 19 Mac 2015

KAJIAN SAINTIFIK BUKTIKAN BERBEKAM BERKESAN !



KOTA BHARU - Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (USMKK) membuktikan kaedah kesihatan melalui berbekam selamat, berkesan, bersih dan mencegah pelbagai penyakit jika dilakukan juru bekam diiktiraf.

Penyelaras Program Juru Bekam Klinikal, Prof Dr Ab Aziz Al-Safi berkata, berdasarkan kajian saintifik yang dilakukannya selama dua tahun, berbekam bukan sahaja amalan sunah tetapi dapat mencegah penyakit kronik.

“Kajian ini memberi hasil yang menunjukkan indikator terhadap pelbagai penyakit dengan mengurangkan kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi dan kencing manis.

“Paling penting, saluran sarah menjadi lebih anjal yang boleh mengelak serangan penyakit jantung, sekali gus menghindar daripada strok, juga baik untuk buah pinggang dan gout,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Penyampaian Diploma.

Majlis itu anjuran Kluster Perubatan Tradisional dan Integratif Pusat Pengajian Sains Perubatan USM dengan kerjasama Akademi Usahawan Islam.

Turut hadir, bekas Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Prof Mustafa Musa; Ketua Kluster Perubatan Tradisional dan Integratif USMKK, Prof Dr Siti Amrah Sulaiman dan Pengasas Akademi Usahawan Islam, Datuk Dr Mohd Zamri Mohd Salleh.

Lebih menarik, Abd Aziz berkata, kaedah itu juga dapat mengurangkan penggunaan ubat-ubatan di hospital dan menjimatkan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun.

Sementara itu, beliau berkata, pemegang diploma bidang berbekam juga turut diberi latihan keusahawanan Islam dalam usaha menjana pendapatan terutama dalam persekitaran membantu orang kampung.

“Kita mendapati kekurangan juru bekam di hospital, jadi latihan kursus diberikan kepada mereka selama dua tahun dan latihan intensif. Pemantauan dilakukan dengan catatan buku log.

 “Juru bekam yang mengikuti kursus ini diminta membuat kaedah bekam di tempat diiktiraf, malah menetapkan syarat mereka perlu buat bekam sekurang-kurangnya 120 kali dicatat dalam buku log, barulah mereka layak menerima pengiktirafan,” katanya.

Katanya, setakat ini sudah dua kali majlis pengiktirafan diadakan, melibatkan 41 juru bekam di seluruh Malaysia dan sebahagian daripada mereka adalah 15 juru bekam diiktiraf yang terdapat di Kelantan.

Beliau berharap lebih ramai juru bekam lahir di negara ini yang mengikuti kursus formal dan memberikan rawatan berbekam melalui kaedah terbukti berkesan serta mempunyai buku saintifik.


WARTAWAN SINAR HARIAN
12 DISEMBER, 2014

SUMBER :
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kajian-saintifik-buktikan-berbekam-berkesan-1.341096

______________________________________________________________________________________________

Kepada anda yang berminat untuk berbekam, sila hubungi : 013-6701491  (KHAIRIL) 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan